CABARAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
CABARAN-CABARAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
Cabaran
yang perlu dihadapi adalah untuk mencapai keberhasilan bagi sistem Pendidikan
Malaysia secara keseluruhan iaitu dari segi aspek akses, ekuiti, kualiti,
perpaduan dan kecekapan.
AKSES
Setiap
kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang
pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian
berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari
peringkat prasekolah hingga ke peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang
2020. Contoh, 100% enrolmen merentas semua peringkat Pendidikan.
EKUITI
Sistem
pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap
kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang
sosioekonomi. Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian
antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian
antara gender sehingga 50% menjelang 2020.
KUALITI
Semua
kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan
sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan
antarabangsa. Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia
dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut
pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan
PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang
menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh
dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat
antarabangsa.
PERPADUAN
Murid
yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada
masa mereka di sekolah. Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai
latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima
dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman
dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana
suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman
dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat
Malaysia.
KECEKAPAN
Sistem
pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan
keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke
dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa,
Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap
peruntukan semasa
ANTARA CABARAN YANG DIHADAPI
1. Dari segi prasarana sosial untuk kawasan pedalaman dimana banyak kawasan luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak masih lagi kekurangan infrastruktur seperti rangkaian telekomunikasi dan capaian internet.
3. Dari segi perkhidmatan guru yang merupakan faktor utama keberhasilan murid. Dimana masalah seperti lebihan guru bagi subjek tertentu, kekurangan guru lelaki, gaji rendah dan kesukaran guru untuk bertukar sekolah. Semua ini boleh menjejaskan prestasi dan kualiti pengajaran guru.
Comments
Post a Comment