ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT GELOMBANG KEDUA (2016-2020) KE ARAH MEMPERCEPAT KEMAJUAN PENDIDIKAN MALAYSIA.

Gelombang kedua, kementerian melaksanakan perubahan struktur sistem Pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan dimana rancangan untuk semua inisiatif bermula semasa gelombang pertama.



1.Melaksanakan Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (semakan semula)

 




-KSSM dan KSSR yang telah di semak semula telah di laksanakan pada 2017. Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir telah mengatakan bahawa kurikulum sekolah rendah dan sekolah menengah telah disemak bagi mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian masalah dan kepimpinan dalam kalangan pelajar.

-Dalam KSSM (semakan semula), pelancaran buku teks baharu dan penukaran sukatan pembelajaran telah dilaksanakan pada 2017. Pelajar tingkatan satu menerima buku teks KSSM manakala pelajar tingkatan 4 menerima buku teks KSSM bagi Mata Pelajaran Elektif ikhtisas (MPEI) untuk subjek elektif seperti buku teks sains rumah tangga, ekonomi, sains komputer, prinsip perakaunan reka cipta dan lain lain.

- Dalam KSSR (semakan semula), KSSR telah menerima beberapa penambahbaikan dari pelbagai sudut dan telah dilaksanakan secara berperingkat. Antaranya ialah, dari aspek pentaksiran berasaskan sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Sekolah.

 Pelaksanaan yang telah dilakukan dalam KSSR ialah gabungan mata pelajaran Pendidikan seni dan Pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan kesenian dan peruntukkan waktu di dalam bilik darjah ialah 2 jam seminggu. Selain itu, Pendidikan jasmani dan Pendidikan kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan jasmani dan kesihatan. Peruntukkan waktu Pendidikan jasmani dan kesihatan ialah 1.5 jam seminggu. Seterusnya, perubahan subjek sains Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains serta pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa. Di samping itu, mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukkan peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan). Selain itu, BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan Bersama dengan Bahasa Arab dan lain-lain dengan peruntukan 1 jam seminggu.



 2. Menarik kesedaran masyarakat dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)







            Antara usaha yang dilakukan oleh Kementrian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meningkatkan sumber tenaga mahir dan pakar dalam bidang penyelidikan dan industri adalah menerusi pendidikan Sains, Teknologi, Engenering dan Matematik (STEM). Pendidikan STEM yang berasakan konsep mendidik murid dalam empat bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintergrasi dan mengaplikasikan dalam konteks dunia sebenar. Pendidikan STEM telah menarik minat murid melaui aktiviti mencabar, menyeronokkan dan memberi impak kepada diri mereka.

            STEM penting sebagai persediaan murid untuk menghadapi cabaran dan berdaya saing di peringkat global. Negara maju menekankan STEM kerana ianya mempengaruhi kehidupan  masyarakah dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi . KPM giat berusaha untuk menarik minat murid untuk menceburi bidang STEM di peringkat sekolah.  Sistem peringkat sekolah menengah atas, murid telah diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran elektif mereka bagi tingkatan 4 dan tingkatan 5.

Antara pakej mata pelajaran elektif ialah pakej Sains Tulen. Antara mata pelajaran Pakej Sains Tulen mengandungi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Pendidikan Jamani dan kesihatan.  Selain itu, terdapat pakej sains tulen & elektif STEM lain yang mengandungi mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif lain. Seterusnya, Pakej Sains Tulen & Agama serta Pakej Sains Teras & Sains Tambahan.



3. memperoleh akriditasi antarabangsa kurikulum matrikulasi

Program Matrikulasi telah telah diwujudkan pada tahun 1998 bagi pelajar bumiputera  untuk melayakkan pelajar melanjutkan pelajaran mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara. Peringkat awal program matrikulasi adalah mengikut pengurusan dan pengendalian kepada program yang sedia ada pada di IPTA dengan membuat pengubahsuaian mengikut keperluan KPM. Kepakaran IPTA masih digunakan dalam urusan penggubalan, penaksiran, pemeriksaan dan pembangunan kurikulum serta dalam hal-hal yang berkaitan.

Jurusan yang terdapat dalam program matrikulasi ialah Jurusan Sains dan Jurusan perakaunan. Terdapat tiga modul bagi Jurusan Sains iatu modul 1 yang mengandungi mata pelajaran matematik, kimia, biologi dan fizik. Bagi modul 2, mata pelajaran Matematik, kimia, sains komputer dan fizik serta modul 3 yang mengandungi mata pelajaran matematik, kimia, sains komputer dan biologi.

Pelajar boleh melanjutkan pelajaran ke luar negara setelah menamatkan pengajian di matrikulasi. Antara negara yang menerima lepasan matrikulasi adalah seperti United Kingdom, United States of America, Australia, Canada, New Zealand, Korea Selatan, Hong Kong dan Indonesia. Pelajar boleh membuat permohonan ke laman web matrikulasi. 

 

4. mengukuhkan program untuk kumpulan khusus

 




 


 


            Bagi kanak-kanak yang istimewa atau kelainan upaya, Pendidikan khas telah disediakan kerana anak-anak tersebut kerana keupayaan mereka untuk belajar adalah tidak sama seperti anak-anak yang biasa. Oleh itu, mereka perlu diasingkan supaya pembelajaran mereka lebih efektif dan lebih seimbang.

            Matlamat Pendidikan khas di Malaysia adalah untik memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak kanak berkeperluan khas dalam persekitaran atau suasana yang biasa. Selain itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif Pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan.

            Program Pendidikan khas kementrian Malaysia bagi murid berkeperluan khas (MBK) ialah Sekolah Pendidikan Khas (SPK) iaitu sekolah yang menyediakan Pendidikan khas bagi MBK pada semua peringkat persekolahan. Selain itu, Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) iaitu program oendidikan yang hanya dihadiri oleh MBK di kelas khas di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Akhir sekali, Program Pendidikan Inklusif  (PPI) iaitu program Pendidikan yang dihadiri oleh MBK dan murid tipikal di dalam kelas arus perdana di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.



5. meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi.

            Peningkatan profesionalisme Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PPP memerlukan usaha yang terancang, sistematik dan dilaksanakan secara berterusan agar setiap anggota perkhidmatan awam menetapkan bahawa perlu melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan sifat, kemahiran dan pengetahuan yang bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. Maka, dengan itu setiap PPP perlu jelas dengan peranan, tugas dan tanggungjawab mereka.

            Tiga standard prestasi telah dibangunkan bagi tida laluan kerjaya iaitu standard prestasi PPP untuk laluan PdP bagi guru dan pensyarah, Standard prestasi PPP untuk laluan Kepimpinan bagi pemimpin Pendidikan di bahagian JPN, PPD, sekolah dan institusi Pendidikan serta standard Prestasi PPP untuk laluan Kepakaran Pendidikan bagi Pakar Bidang Khusus Pendidikan.

PPP perlu mengetahui dan memahami dasar serta peraturan berkaitan peraturab berkaitan Pendidikan kebangsaan oleh itu, PPP perlu mengikuti PPB Keperluan Dasar/Khusus agar seiring dengan perubahan semasa Pendidikan kebangsaan. PPB pembangunan kompetensi melibatkan program atau aktiviti yang pelu diikuti secara berterusan untuk meningkatkan kompetensi PPP yabg berkaitan bidang tugas. PPP juga digalakkan menikuti PP elektif berkaitan bidang tugas. 

 

 

 

 

6. Menyusun semula peranan bahagian utama KPM, JPN dan PPD.

            Peranan Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) telah disusun semula mengikut perkembangan semasa kerana sistem Pendidikan sentiasa melakukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti standard disamping  untuk kepentingan masyarakat.

            Peranan bagi KPM ialah menyediakan sistem Pendidikan yang terbaik kepada pelajar dengan mengurus peperiksaan awam berdasarkan kepada kokurikulum kebbangsaan kementerian pelajaran Malaysia serta memastikan semua sekolah memberi Pendidikan berkualiti kepada semua pelajar di sekolah di seluruh Malaysia. Seterusnya, melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, mengendalikan aktiviti berkitan promosi Pendidikan, menguruskan penubuhan dan pendaftaran institusi Pendidikan, meningkatkan pengurusan dan kualiti Pendidikan serta sahsiah murid terutama dalam penyerapan nilai-nilai murni,pemantapan akidah dan sifar dadah. Selain itu, memantapkanpengurusan dan pembangunan sumber manusia, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara serta memberi peluang-peluan Pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

            Seterusnya, peranan JPN ialah merancang dan menguruskan pembangunan pelaksanaan dan pengurusan SPBT peringkat negeri. Menguruskan taklimat penentuan keperluan buku teks kepada Pengetua/ Guru Besar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan guru SPBT. Selain itu, termasuk juga nebyediakan maklumat tentang keperluan buku teks daripada sekolah, memesan buku teks yang diperlukan oleh sekolah di setiap negeri, memantau bekalan  buku teks sekolah serta melaporkan perbelanjaan peruntukan SPBT peringkat negeri kepada BBT.

             Akhir sekali, PPD berperanan dalam mewakili JPN dalam segala urusan pentadbiran jabatan di peringkat daerah, bertanggungjawab mengenai perjalan pentadbiran dan menggariskan dasar pentadbiran di peringkat sekolah. Selain itu, bertanggungjawab mengenai urusan perlantikan, penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan, penempatan dan penamatan guru-guru disekolah. Di samping itu, memantau semua kegiatan kokurikulum di peringkat daerah dan berusaha bagi mempertingkat prestasi akedemik dan kokurikulum sekolah dalam daerah, menyelia institusi Pendidikan swasta serta memastikan institusi tersebut menjalankan Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan berkesan, membantu menggantikan urusan tatatertib guru-guru dan staf bukan guru, menyedia laporan nilaian prestasi tahunan pegawai-pegawai dan guru-guru dalam daerah. Akhir sekali, menjadi penghubung antara masyarakat dengan JPN dan KPM serta menjalankan lain-lain tugas yang di arahkan oleh JPN.

             

 


7. pilihan program untuk meningkatkan pendedahan Bahasa inggeris.

 

 


 

 


            Bahasa Inggeris telah menjadi Bahasa pengantar utama di seluruh dunia. Sesebuah negara mampu untuk bersaing dengan negara naju yang lain dengan penguasaan Bahasa inggeris. Kementrian Pendidikan Malaysia sangat mengambil berat tentang pengajaran dan pembelajaran Bahasa inggeris untuk para pelajar di sekolah. Langkah kerajaan untuk menekankan pendedahan Bahasa inggeris adalah dengan pelaksanaan dasar PPSMI oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Ianya bertujuan untuk membangunkan serta mempersiapkan sumber tenaga utama manusia dari peringkat awal persekolahan.

Seterusnya, KPM telah melaksanakan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang berobjektifkan untuk melahirkan masyarakat yang berjaya menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam sistem Pendidikan negara, meweujudkan masyarakat yang Bersatu-padu dan mampu bersaing di peringkat local dan global. Kerajaan juga bermatlamat untuk meningkatkan kompetensi guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta meningkatkan infrastruktur dan bahan sokongan semasa PdP dijalankan.

Sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah juga memastikan sukatan pelajaran diperbaiki dengan memastikan setiap pelajar diberi peluang untuk berbahas inggeris dengan baik. Antara usaha yang dilakukan ialah dengan memastikan pihak kaunseling turut bekerjasama dalam memberi semangat kepada pelajar luar bandar supaya tidak merasa rendah diri sekiranya bertutur dalam Bahasa selaim Bahasa melayu, mewajibkan 30 minit diperuntukkan bagi pelajar membuat ulasan secara lisan untuk mempraktikkan penggunaan Bahasa inggeris. Akhir sekali, mewajibkan pelajar mwnjalani Ujian Lisan Bersepadu Sekolah (ULBS) untuk setiap semester.




8. memacu inovasi ICT untuk pembelajaran jarak jauh dan terarah kendiri.

            Sebelum bermulanya pendemik wabak COVID-19 berlaku, semua sekolah dan institusi pengajian tinggi telah melaksanakan PdP secara bersemuka di mana pelajar akan pergi ke sekolah atau ke tempat pengajian dan guru-guru atau para pensyarah akan mengajar dengan menggunakan papan putih atau bahan-bahan mengajar yang lain. Akan tetapi setelah bermulanya pandemik COVID-19 berlaku, Perintah Kawalan Pergerakan telah diumumkan oleh Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin pada 16 mac 2020 dimana antara kandungan perutusan tersebut ialah penutupan semua TASKA, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi Pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti. Selain itu, termasuk juga penutupan semua institusi Pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut Latihan kemahiran di seluruh negara bagi usaha untuk menghentikan penularan wabak COVID-19 tersebut.

 


 


 


 


            Maka, bermulanya dari peristiwa tersebut, PdP telah diubah kepada PdPR iaitu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di mana semua pelajar dan guru akan melakukan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh secara atas talian. Pelbagai platform aplikasi telah digunakan seperti Google Meet, Zoom, Webex, Youtube dan lain-lain supaya para pelajar dan para guru dapat berinteraksi bersama pelajar. Disamping itu, aplikasi seperti Google Classroom dan Google Form juga digunakan dimana pelajar dapat melaksanakan tugasan seperti kerja rumah, assignment, ujian penilaian, peperiksaan dan banyak lagi secara atas talian.

            Oleh itu, setiap guru dan pelajar perlu mengetahui dan mahir menggunakan gajet seperti telefon, computer, laptop dan lain-lain gajet serta mahir dalam menguasai penggunaan aplikasi tersebut supaya dapat melaksanakan PdPR dengan sempurna. Maka, terbuktilah bahawa setiap huru dan pelajar berupaya celik IT dalam melakukan pembelajaran jarak jauh.

 

9. Meningkatkan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan pengajaran.

            Antara usaha yang telah diberikan ialah kementerian ialah pelaksanaan laluan kerjaya guru. Laluan kerjaya guru ini ialah laluan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi memberi pengalaman yang lebih luas dalam bidang kepakaran khusus Pendidikan.Pakar bidang khusus Pendidikan merujuk PPP yang berpengetahuan mendalam, berkemahiran tinggi, berpengalaman luas dalam bidang kepakaran khusus dan mengamalkan nilai professional Pendidikan dalam bidang kepakaran khusus serta menjadi sumber inspirasi, sumber rujukan, penasihat dan pembimbing kepada rakan sejagat disamping membuktikan kecemerlangan keberhasilan yang diperakui oleh organisasi.

            Selain itu, Guru Malaysia juga dilaksanakan iaitu merupakan satu inisiatif untuk memastikan setiap guru didaftarkan dalam Sistem Guru Malaysia (SGMy) dan diberi Sijil Guru Malaysia bagi melayakkan PPP melaksanakan tugas sebagai pendidik di mana-mana institusi Pendidikan yang berdaftar di Malaysia. Ianya bertujuan untuk memastikan profesionalisme PPP berteraskan tiga elemen seperti dalam model guru Malaysia iaiitu roh & jiwa guru (nilai& etika), jati diri & kenegaraan serta pengetahuan dan kemahiran.

Akhir sekali, semasa pandemik COVID-19 berlaku, guru-guru telah mengalami kesukaran kerana tidak dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka Bersama anak-anak murid. Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah dilaksanakan supaya guru-guru dapat berhubung dengan murid-murid demi menjalankan pembelajaran harian. Disamping itu, PdPR ini juga telah ditambah baik supaya meringankan beban murid serta mengurangkan tekanan yang dia alami oleh mereka.

 



10. memperluas pilihan Pendidikan vokasional melalui Pendidikan vokasional swasta










Pendidikan vokasional juga berperanan sebagai sistem alternatif bagi Latihan Pendidikan bercorak kemahiran dalam usaha untuk menyediakan mereka memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan. KPM menekankan bahawa Pendidikan dan Latihan teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini seharusnya memberi fokus kepada hala tuju pekerjaan dan amalan industri bagi menghasilkan tenaga kerja yang cekap melalui penekanan terhadap komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada Latihan industri.

Di Malaysia, pelaksanaan TVET dikenali sebagai Code of Practice fot Tvet Programme Accreditation (COPTPA) sistem ini di bangunkan secara Bersama oleh agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan pakar pakar TVET. Dalam Rancangan Malaysia Ke 10, telah dinyatakan 72 buah sekolah vokasional dan 8 buah sekolah Teknik dinaik taraf menjadi kolej vokasional. Manakala dalam RMK 11, dana 4.6 bilion diperuntukkan kepada semua institusi kemahiran Teknik dan vokasional. 




Comments

Popular posts from this blog

ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PERINGKAT GELOMBANG PERTAMA ( 2013 – 2015 ) KE ARAH MENAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA