Analisis Pelaksanaan dan Pencapaian Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

 

Misi Dan Matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan


Misi :

 ' Merintis Pembaharuan : Satu Misi Nasional '

Matlamat :

Menghasilkan pendidikan berkualiti untuk semua menerusi penyediaan peluang lklklklpendidikan yang adil dan saksama dan memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk ke tahap yang lebih tinggi


Teras Strategik Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

Teras 1 : Membina Negara Bangsa 

Fokus : Membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri glokal,patriotik,menyanjung dan menyanjungi warisan budaya serta kesenian negara.


Pelaksanaan

Berjaya dicapai

Diteruskan

Gagal

Memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan disiplin murid,menggiatkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP),serta menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jati diri serta menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan murid.

 

Prestasi Pencapaian:87.9%

Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasa bahasa kebangsaan.

 

Integrasi nasional dan memupuk kecintaan terhadap seni,warisan dan budaya bangsa.

Identiti bangsa Malaysia masih berdasarkan kaum.

      

Pelaksanaan

Pada tahun 2006,sekolah – sekolah diberikan Peruntukan Kokurikulum untuk menjalankan aktiviti kokurikulum.

 

Pada tahun 2006 kerajaan telah mengeluarkan surat pekeliling Langkah- Langkah bagi memperkasakan Bahasa kebangsaan bagi kakitangan awam kerajaan termasuklah guru untuk menggunakan Bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Yang mana Bahasa yang digunakan oleh guru juga memainkan peranan untuk memupuk pelajar untuk menggunakan Bahasa Melayu.



Kegagalan

Identiti Malaysia masih berdasarkan bangsa





Teras 2 : Membangunkan Modal Insan

Fokus: Tumpuan kepada sistem nilai, disiplin,sahsiah,akhlak dan jati diri murid. Berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.

Pelaksanaan

Dicapai

Diteruskan

Gagal

Menyediakan sistem pentaksiran dan penilaian holistik,membina disiplin murid serta memberi penekanan kepada kebersihan,kesihatan dan keselamatan.

Prestasi pencapaian: 92.9%.

Menggerakkan usaha melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran komunikasi,kebolehan menggunakan ICT dengan baik,berfikir secara kreatif dan kritis ,dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

Membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri, berakhlak mulia,berpengetahuan dan berketerampilan bagi mengisi keperluan ke arah negara maju

Pengangguran masih berlaku kerana graduan masih berharap untuk makan gaji. Masalah sosial & jenayah masih tinggi

Pelaksanaan

Menyediakan profil murid untuk mengenalpasti pencapaian murid.

Pada tahun 2007 , program yang dikenali sebagai Profil Akademik Pelajar (PAP) dihasilakan dan digunakan oleh Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH)

 

Teras 3 : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Fokus :Memperkasakan Bahasa kebangsaan supaya menjadi pilihan utama masyarakat.

Pelaksanaan

Berjaya dicapai

Diteruskan

Gagal

Sekolah Kebangsaan akan dilengkapkan kemudahan asas yang mencukupi dan berkualiti,bekalan elektrik dan air bersih,serta kemudahan TMK. Sekolah dibekalkan guru terlatih mengikut opsyen serta bilangan staf sokongan mengikut keperluan.

 

 

 

 

Pencapaian Prestasi : 86.0%.

Memperkenalkan dasar memperkasakan SK supaya SK kekal sebagai pilihan utama masyarakat Malaysia

Menjadikan sekolah kebangsaan beraspirasi nasional,meningkatkan kecemerlangan pelbagai bidang dan meningkatkan kualiti prasarana.

SJK(C) dan (T) masih ada. Sekolah antarabangsa dan sekolah  agama berkembang menjadi pilihan.





Pelaksanaan

Sehingga 2005,KPMtelah mengadakan pendidikan prasekolah kepada 92,303 kanak-kanakberumur 5+tahundengan menyediakan 3,868 kelas prasekolah. Manakala agensi lain di luar KPM serta agensi swasta telah menyediakan sebanyak 13,130 prasekolah kepada 610,714 orang kanak-kanak. Cabaran KPM adalah untuk memperluas pendidikan prasekolah ke semua SK terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. KPM akan menambah kelas prasekolah baru di bawah RMKe9 dan menyediakan guru prasekolah terlatih di semua kelas prasekolah. Selain itu, KPM juga akan menaikkan kadar peruntukan geran per kapita dan memantapkan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan untuk kanakkanak 5+ tahun.

Bagi menarik minat murid pelbagai kaum belajar di SK serta memberi peluang kepada mereka mempelajari bahasa-bahasa lain, KPM telah memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK), Bahasa Cina Komunikasi (BCK) dan Bahasa Tamil Komunikasi (BTK). BAK telah diperkenalkan mulai tahun 2003 kepada 7,520 murid di 97 buah sekolah. BCK telah diperkenalkan pada tahun 2005 kepada 14,289 murid di 153 buah sekolah.

Sehingga tahun 2005, program ICT yang telah dilaksanakan KPM adalah seperti: • Projek Penyediaan Infrastruktur dan Pengkomputeran Sekolah (Makmal Komputer); • Penyediaan akses jalur lebar Schoolnet; • Projek Rintis Sekolah Bestari; • Program Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI); dan • Program TV Pendidikan. Melalui program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik komputer, perkakasan seperti komputer, komputer riba, projektor LCD dan pelayan bagi p&p serta melatih guru berkaitan ICT.

https://jiaozong.org.my/v3/doc/2009/rnr/edu_law/ppp_bab6_10-05-10.pdf

 

 Gagal 

Sekolah Antarabangsa menjadi pilihan








Teras 4 : Merapatkan Jurang Pendidikan

Fokus: Merapatkan jurang Pendidikan anatara lokasi , jenis sekolah, kaum, jantina, tahap sosioekonomi dan tahap keupayaan murid untuk mengurangkan perbezaan dari segi penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal, prestasi , pencapaian, dan keciciran murid.

Pelaksanaan

Berjaya dicapai

Diteruskan

Gagal

Membangunkan infrastruktur pendidikan di luar bandar Sabah dan Sarawak dan memastikan semua sekolah mempunyai prasarana mengikut standard minimum.Lebih banyak bantuan kepada murid miskin,berkeperluan khas dan kumpulan minoriti,mengurangkan jurang digital dan menempatkan guru terlatih dan mencukupi mengikut opsyen di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Pencapaian Prestasi : 98.0%.

Membangunkan infrastruktur sekolah luar bandar,tingkatkan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran dan menambah baik sistem pengagihan bantuan kepada pelajar miskin,berkeperluan khas dan kumpulan minoriti.

Memastikan semua sekolah dan pelajar mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang.

Pelajar perempuan mendominasi pengajian tinggi.   Sekolah luar bandar masih ketinggalan. Pencapaian murid luar bandar rendah.


Pelaksanaan

Bantuan dan Program Sokongan

KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya melalui pelbagai program bantuan seperti:

 

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu Sekolah (PSS) RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantuan makanan berkhasiat kepada murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau per kapita RM80 dan ke bawah. Seramai 700,000 murid menerima RMT manakala anggaran 550,000 murid menerima PSS setiap tahun. Bagi murid negeri Sabah, PSS dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.  Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).

 



Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)

KWAPM diwujudkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003 untuk membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. Pada tahun 2005, seramai 350,000 murid sekolah rendah diberi bantuan KWAPM.

 

Bantuan Makanan Asrama

Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000 dan ke bawah.

 

Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya

KPM menyediakan Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini.

 

Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang pendapatan isi rumah RM2,000 dan ke bawah bagi sekolah kebangsaan serta RM1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsaan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, SPBT telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.




Skim Baucar Tuisyen (SBT)

KPM menyediakan bantuan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun.

 

Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)

KPM menganugerahkan BKP dan BKPU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun, dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU.

 

Asrama Harian

              KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar                      dan   pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian yang menempatkan lebih 220,000                                pelajar.

                      

JADUAL 7.1 PERUUKAN BANTUAN PELAJAR 2006

Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

RM200 juta

Biasiswa

RM200 juta

Skim Pinjaman Buku Teks

RM160.4 juta

Elaun Orang Kurang Upaya

RM6.8 juta

Rancangan Makanan Tambahan

RM183.2 juta

Program Susu Sekolah

RM21.8 juta

Skim Baucar Tuisyen

RM181.9 juta

Pelajar Miskin Sekolah Berasrama Penuh

RM2.8 juta

Bantuan pengangkutan

RM7.4 juta

Bantuan makanan

RM531.6 juta

Bantuan jaket keselamatan

RM2 juta

JUMLAH

RM 1.5 Bilion



 










 



Gagal

Pelajar perempuan mendominasi pengajian tinggi

STATISTIK PELAJAR PEREMPUAN DAN PELAJAR LELAKI DI UNIVERSITI

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia 2010, jumlah penduduk Malaysia mengikut jantina telah menunjukkan jumlah lelaki melebihi perempuan seramai 14,379.9 juta berbanding 13,870.6 juta. Namun begitu,keputusan permohonan kemasukan ke IPTA seluruh Malaysia yang diumumkan oleh Prof.Datuk Dr. Rujhan Mustafa , Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi telah menunjukkan Pelajar perempuan terus mendominasi kemasukkan ke university awam apabila menguasai 64.8 peratus atau 26,229 daripada 40,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama bagi sesi akademik 2010/2011

    Sumber daripada : https://vdocuments.mx/statistik-pelajar-perempuan-dan-pelajar-lelaki-di-universiti.html

 


Teras 5: Memartabatkan Profesion Guru

Fokus: Memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah dan tugas yang dipertanggungjawabkan untuk pembinaan generasi masa depan.


Pelaksanaan

Berjaya dicapai

Diteruskan

Gagal

Menaiktaraf maktab perguruan kepada institut pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah.KPM juga akan menambah baik sistem pemilihan calon guru,perjawatan, penempatan dan kebajikan guru.

Prestasi pencapaian: 90.8%.

Memantapkan latihan perguruan & kerjaya guru, dan menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru

Memartabatkan profesion keguruan(tingkatkan kualiti guru , kerjaya guru dan kebajikan guru )

Graduan perguruan  masih menganggur.



















Pelaksanaan.

Memantapkan latihan perguruan

Menaik taraf maktab perguruan kepada IPG yang menawarkan program pada peringkat ijazah sarjana muda Pendidikan 


Bagi memastikan calon-calon berkualiti dipilih menyertai profesion keguruan, kerajaan telah mengetatkan lagi syarat pengambilan guru mulai tahun 2004. KPM telah memperkenalkan M-test untuk menguji sikap dan keupayaan analitikal bakal guru bagi pengambilan KPLI.

MTeST merupakan singkatan bagi “Malaysian Teacher Selection Test” (Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia). Ujian ini digunakan sebagai saringan awal untuk calon yang memohon mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di institut/ maktab perguruan Malaysia. Calon yang telah menduduki ujian dan mencapai tahap yang ditetapkan sahaja akan dipanggil temu duga.

Bagi menjaga kebajikan guru, pada tahun 2005 KPM telah melancarkan dasar pemberian Skim Pinjaman Buku Teks kepada anak-anak guru dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan termasuk yang telah bersara atau telah meninggal dunia. Cabaran KPM adalah untuk memastikan kebajikan guru sentiasa diberikan perhatian.


Gagal 

 Masih Ramai Pelajar Perguruan Yang Menganggur

Fokus : Memastikan institusi Pendidikan di Malaysia mampu bersaing pada peingkat antarabangsa.

 

Pelaksanaan

Berjaya dicapai

Diteruskan

Gagal

Membentuk Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) berasaskan akademik,kokurikulum dan sukan atau bidang -bidang khusus.Sekolah- sekolah terpilih dalam kluster ini akan dirangkaikan dengan institusi ternama tempatan dan luar negara,menawarkan pelbagai peperiksaan peringkat antarabangsa dan menjadi sekolah contoh.Sekolah -sekolah yang dikenal pasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa .

Prestasi pencapaian: 95.2%.

Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan  Pendidikan dan penglibatan yang lebih aktif dalam badan badan pendidikan dunia seperti UNESCO, OECD dan IEA.

Masih diteruskan. Membangunkan sistem pendidikan rendah hingga IPT bertaraf dunia dengan tujuan melahirkan insan yang berupaya untuk bersaing.

Belum mendapat pengiktirafan terbaik peringkat antarabangsa.
















            Pelaksanaan 

 Idea mewujudkan kluster kecemerlangan institusi pendidikan telah disuarakan oleh YB Menteri Pelajaran pada 3 April 2006. Hasrat KPM ialah untuk melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara menerusi kluster kecemerlangan institusi pendidikan. Kertas konsep Pelaksanaan Sekolah Kluster telah dibentangkan kepada YB Menteri Pelajaran pada 27 Februari 2007. Rentetan daripada kertas konsep tersebut, YB Menteri Pelajaran telah bersetuju supaya Sektor Sekolah Kluster diwujudkan di Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengurus pelaksanaan Sekolah Kluster.




https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2009/06/30/kerjasama-dengan-unesco-kaji-sistem-pendidikan-negara—muhyiddin

 Gagal

Belum mendapatkan pengiktirafan terbaik peringkat antarabangsa



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/04/809556/malaysia-mulakan-usaha-dapat-pengiktirafan-wfme

 

 

 

 

 

 

 


 








Comments

Popular posts from this blog

ANALISIS PELAKSANAAN DAN PENCAPAIAN PELAN PEMBANGUNAN PERINGKAT GELOMBANG PERTAMA ( 2013 – 2015 ) KE ARAH MENAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA